UKKM IPT pertama fokus bidang koperasi
Petaling Jaya: Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), menjadi institusi pengajian tinggi pertama di Malaysia yang memfokus bidang koperasi sekali gus menawarkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, UKKM mula beroperasi sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sejak 29 Mac lalu.
Katanya, bagi pelajar pengambilan awal, UKKM turut menawarkan Hadiah Pendidikan Koperasi berupa pengurangan 50 peratus bayaran keseluruhan yuran pengajian, meliputi kesemua program pengajiannya.
“UKKM satu-satunya universiti di Malaysia yang menawarkan program di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana dalam bidang keusahawanan koperasi serta dirangka bagi melahirkan golongan profesional dalam kebitaraan keusahawanan koperasi.
Source: https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/05/969999/ukkm-ipt-pertama-fokus-bidang-koperasi
